Statistik Kecurian Kereta 2017
Blog

Statistik Kecurian Kereta 2017

Menurut statistik yang dilaporkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), sebanyak 3,013 unit kenderaan yang telah dicuri pada tahun 2017. Berikut adalah beberapa jenis kenderaan 'panas' yang banyak dicuri pada tahun 2017.

Bagi tahun 2017, turutan model yang menjadi sasaran utama pencuri adalah seperti berikut; Proton Wira (654), Toyota Hilux (537), Perodua Kancil (378), Proton Iswara (340), Perodua Myvi (290), Proton Waja (231), Proton Saga (214), Honda Civic (133), Honda City (119), dan Toyota Vios (117).

Menurut statistik, jumlah kecurian bagi setiap kereta dilaporkan berkurang pada tahun 2017berbanding dengan 2016. Pada tahun 2016, sebanyak 3,978 unit kereta telah dilaporkan kecurian manakala pada tahun 2017 kes kecurian kereta berkurang kepada 3,013 unit.

Leave your thought here