
Tips Elak Kecurian Kereta
Kereta dicuri dimana-mana, ada yang dicuri di tempat letak kereta awam ataupun kompleks membeli-belah. Waima di depan rumah sendiri pun ada juga berlaku kecurian kereta.
Ada beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk menyelamatkan kereta anda dan barangan yang ada di dalamnya.
1. Alat pengesan berelektronik
Pasanglah alat pengesan pada kenderaan anda. Biarlah mahal sedikit tak apa daripada tak pasang langsung

2. Alat amaran penggera
Pasangkan alat penggera keselamatan pada kereta anda. Jika anda mampu, pasanglah alat penggera kenderaan yang berkualiti tinggi. Biar alah membeli, menang memakai! Dan pastikan penggera ini berfungsi dengan baik.

3. Kunci stereng/gear brek
Memasang kunci tambahan seperti kunci stereng, kunci tayar dan kunci klac amat digalakkan. Kunci tambahan ini akan akan menyukarkan atau melambatkan pencuri untuk melarikan kereta anda.

4. Buat tanda pada permukaan cermin kereta
Tak kisahlah cermin sisi, cermin depan, cermin belakang, kalua boleh semua set cermin anda ditulis nombor identifikasi yang menjadi simbol ianya kereta anda dan mustahil untuk ada pada kereta lain kat Malaysia. Nombor ini juga dipanggil sebagai nombor VIN.

5. Elakkan meletak kenderaan di tempat gelap
Anda disarankan meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak kereta di Kawasan yang terang berlampu. Meletak kereta yang jauh daripada laluan orang ramai memberi ruang kepada pencuri melakukan kerja ‘kotor’ mereka.

6. Letak kereta anda dengan tayar yang dipusing ke arah tebing
Jika meletakkan kereta anda secara sisi, pastikan tayar dipusingkan ke arah tebing supaya ini menyusahkan pencuri untuk menunda kereta anda.
